Popular Posts

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu / Happy Mother's Day

Tidak pasti berapa kerat sahaja diantara kita yang benar-benar menghargai erti pengorbanan dan kasih dari seorang ibu. Kini setelah bergelar Ibu..saya lebih memahami erti pengorbanan sebenar dan bersyukur kerana dianugerahkan seorang IBU yang layak menjadi MENTOR.!
MUM..you're the GREATEST MOTHER IN THE WHOLE WIDE WORLD...
Pada Ibu mertuaku...terima kasih EMAK...kerana bimbingan emak ..saya memiliki seorang suami yang berhati mulia berjaya menjaga emak, saya dan keluarganya sendiri dengan baik dan penuh sabar.
Pada teman-teman seperjuanganku ( ibu-ibu ) saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU...teruskan PERJUANGAN kita... memang banyak tanggungjawab yang nak dipikul..bukannya mudah...Semoga Allah merahmati dan memberkati segala PENGORBANAN yang kita berikan untuk anak-anak dan keluarga kita...MAJU LAH IBU UNTUK KELUARGA :)
Pada anda yang selalu melawan kata-kata Ibu anda ataupun pernah menderhaka...segeralah memohon ampun pada Ibu anda selagi ada masa...
Bersama-sama kita ceriakan hati dan luangkan sebanyak masa bersama Ibu tercinta...jangan hanya dinanti pada hari yang KHUSUS sahaja....kerana suatu hari..suatu masa...suatu ketika ...kita akan berada di tempat mereka...LOVE